skip to main |
skip to sidebar
A video I found when surfing for videos related to architecture. It was funny (for me), yet those depressing words by the male sure do make me felt psycho (o.o).
Anyways, feel free to watch it ya~

Di sini saya ingin berkongsi tentang cara memudahkan diri kita untuk dapat bangun di awal pagi, yakni sebelum subuh menjelang untuk solat malam. Mungkin ada di kalangan kita saudara Islam yang ingin bangun solat malam, tetapi susah untuk bangun atau tidak terjaga langsung. Jadi, saya post di sini beberapa tips yang telah saya baca di suatu laman, iaitu tips untuk memudahkan diri kita bangun di sepertiga malam.
Semoga kita dapat meluangkan masa dengan Pencipta kita.. insyaAllah~
**Biasakan tidur di awal waktu, jangan begadang untuk hal-hal yang tidak penting, yang akhirnya hanya akan membuat mata kita terlampau lelah dan mengantuk untuk bangun di sepertiga malam.
**Bersungguh-sungguhlah mengamalkan adab-adab sebelum tidur. Biasakan berwudhu, berzikir, & berdoa sebelum tidur. Jangan tidur dalam keadaan berhadas (terutamanya hadas besar), kerana hal ini akan menimbulkan kemalasan di waktu bangun malam.
**Jangan menganggap bahawa bangun di sepertiga malam untuk menunaikan solat sunat adalah suatu pekerjaan yang berat, kerana pemikiran sebegitu akan melemahkan niat & tekad untuk menunaikannya.
**Tanamkan rasa rindu untuk sentiasa bermunajat dengan Allah
**Janganlah makan malam terlampau kenyang, kerana perut yang kenyang akan memberi efek mengantuk & malas.
**Jangan lupa untuk sentiasa berdoa pada Allah agar dipermudahkan untuk bangun malam & menunaikan solat sunat dengan ikhlas & khusyuk
**Jika anda berkeluarga, bersepakatlah dengan isteri & anak-anak untuk bangun sepertiga malam bersama-sama untuk solat malam secara berjemaah.