Di sini ingin saya masukkan entry baru,
mengenai hidup & kehidupan.. memberi & menerima.
Pernahkah anda terfikir?
Kita membina hidup atau kehidupan?mengenai hidup & kehidupan.. memberi & menerima.
Pernahkah anda terfikir?
"There's a major difference between life & living.."
Jawapannya, mestilah dua-dua kan?
Tapi mana satu yang lebih penting? Hidup atau kehidupan?
Jawapannya, kehidupan.
Then, apa bezanya hidup & kehidupan?
Boleh anda jawab?
Kita hidup dengan pakaian, makanan, kenderaan seperti kereta & superbike, dan juga tempat tinggal.
Tapi,
Kita membina kehidupan dengan kasih-sayang sesama manusia, be it our own family or friends.. brother's & sisters of Islam, or even any other people that we never knew before.
Cara membina kehidupan?
Mudah saja. Antaranya ialah memberi.
Pernahkah anda terfikir?
Mana satu lebih gembira, memberi hadiah atau menerima hadiah?
Bayangkan,
anda sebagai parents (ayah/mak) kepada seorang anak kecil, out-station untuk 2-3 hari.. sepanjang out-station itulah anak anda sering kali telefon, pesan agar pulang nanti membawa hadiah yang dia ingini.. mainan robot or teddy bear, etc... you know, kids :D
Namun sebelum pulang ke rumah, anda nekad mahu memberikan anak anda hadiah yang dia inginkan itu. Setelah puas mencari, akhirnya anda temui juga hadiah yang dia inginkan. Anda pun membelinya & terus membawanya pulang.
Bayangkan,
Anak kecil anda telah menunggu di hadapan pintu, dengan penuh rindu pada anda & harapan menggunung untuk mendapat hadiah special daripada anda yang baru balik dari out-station, & bersorak gembira melihat robot/teddy bear di tangan anda.
Sekarang tolong jawab, siapa agaknya lebih gembira?
Anda (ayah/mak) yang memberi atau si anak yang menerima hadiah?
Hee~
TAPI-
ada juga golongan manusia mengatakan;
-takda apa yang nak diberi!
-memberi itu mengurangkan!
-orang yang menerima tak reti berterima kasih! Puii
"To do more for others than you do for yourself,"
Sebenarnya, memberi tidak akan mengurangkan. Bahkan, harta yang menjadi milik kita yang hakiki ialah harta yang diberi ke jalan Allah. Yang lain, kita hanya tukang simpan. Bila mati nanti, harta itu kita tinggalkan, diwariskan..
"Tangan yang di atas (memberi) itu adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (menerima)," -Riwayat Bukhari.
Ingat prinsip ini baik-baik;
Kita hidup dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri..


