Saya tertarik dengan firman Allah SWT:
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan
perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari
hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah
Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”
Surah An-Nur ayat 32.
Ayat ini, dikatakan – Kahwinkanlah. Jika miskin, Allah akan berikan kekayaan.
Tetapi ayat seterusnya, Allah SWT berfirman:
“Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan
berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi
kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.”
Surah An-Nur ayat 33.
Pada ayat ini, siapa yang tidak mampu pula, Allah suruh jaga
kehormatan hingga Allah berikan kekayaan. Sedangkan, ayat sebelumnya,
Allah berfirman bahawa, kahwinlah, jika miskin, nanti Allah akan
cukupkan. Jadi, sekali pandang, kita lihat ayat ini bercanggah.
Tetapi apabila diteliti dengan lebih dalam, ayat pertama ditujukan
kepada yang telah bersedia dan berusaha mempersiapkan diri untuk
melangsungkan perkahwinan, tetapi mungkin ragu-ragu dengan persediaan
mereka itu, merasa tidak cukup(miskin) dengan apa yang mereka ada. Di
situlah Allah SWT arahkan kahwin sahaja, Allah akan cukupkan.
Namun ayat seterusnya adalah untuk mereka yang benar-benar tidak
mampu mengadakan majlis perkahwinan dan tidak punya kekuatan untuk
meneruskan kehidupan rumahtangga. Allah arahkan agar bersabar menjaga
kehormatan diri, hinggalah Allah berikan kemampuan. Yakni, diri itu
perlu usaha lagi untuk dapatkan mampu itu.
Ya, jelas, Allah SWT menyatakan bahawa, manusia mahu tidak mahu, perlukan persediaan untuk mencapai mampu, sebelum berkahwin!
Jadi, mustahil perkahwinan ini, rumahtangga ini, diterjah dalam keadaan tanpa persediaan yang teliti dan terancang.
*by Hilal Asyraf


0 comment(s):
Post a Comment