Anda pernah mendapat gangguan 'pelik'? I know I did, many times too, especially at Perak. Seperti yang kita tahu, dunia ini bukanlah diduduki oleh kita yang dikategorikan manusia sahaja, malah juga diduduki oleh makhluk ciptaan Allah yang lain seperti binatang, serangga, dan juga yang hidup dalam alam yang tidak dapat dilihat oleh manusia biasa, iaitu jin. Dalam kemajuan sains & teknologi, kewujudan makhluk halus seperti syaitan & jin tidak dapat dinafikan. Adakalanya manusia terdedah kepada gangguan jin & syaitan hingga membawa mudarat pada diri mereka.Gangguan jin/ syaitan/ hantu, adalah fenomena penyakit yang unik dan berbeza dengan penyakit biasa. Namun, simptom atau tanda-tanda yang dialami pesakit kadangkala menyerupai mereka yang sakit fizikal atau mental. Mungkin kerana itu, usaha penyembuhan daripada gangguan ini lambat diambil. Biasanya pesakit hanya sedar dirinya mendapat gangguan ghaib setelah semua rawatan perubatan moden tidak berkesan malah ahli perubatan langsung tidak mengesan sebarang kecacatannya, sedangkan dia menderitai sakit yang tenat.
Tetapi dalam keadaan tertentu, pesakit gangguan ghaib ini boleh dikesan oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang ini. Petanda paling jelas ialah reaksi pesakit apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran, doa dan jampi daripada sunnah kepadanya. Biasanya pesakit ini akan menjadi marah, gelisah, takut atau mungkin menjerit-jerit & meronta-ronta.
Coming up next:
-Jenis-jenis jin & syaitan
-Simptom-simptom kerasukan/ gangguan


0 comment(s):
Post a Comment