Jin Api & Jin Air

Jin Api/ Jin Majusi

Ini adalah bangsa jin kufur yang menyembah api. Sekiranya seseorang dirasuk jin jenis ini, dia mungkin boleh membahayakan dirinya, keluarganya, jiran-jiran dan harta-benda. Mangsa mungkin membakar dirinya, memanggang anaknya, membakar rumah atau harta-benda lain. Oleh itu, mereka yang kerasukan jin jenis ini perlu diawasi dengan ketat & segera dipulihkan.

Simptom Kerasukan Jin Api:
  • suhu badan mangsa terlampau tinggi
  • wajah mangsa kemerahan & kelihatan berang
  • mata mangsa kemerahan
  • mangsa mungkin membakar sesuatu


Jin Air

Jin air kebanyakannya beriman seperti manusia. Ada sebahagian kecil daripada mereka yang kufur sama ada tidak beragama atau beragama selain Islam. Jin jenis ini tinggal di kawasan-kawasan perairan seperti kolam, tasik, telaga, sungai & laut.

Punca Kerasukan Jin Air
  • apabila seseorang itu terjatuh ke dalam sungai, parit atau lombong
  • mandi di sungai, tasik, laut atau kolam tanpa terlebih dahulu memohon perlindungan daripada Allah dengan membaca ayat-ayat al-Quran atau zikir
  • mandi-manda di kawasan berair sambil menjerit-jerit atau menyanyi dengan suara yang kuat
  • wanita berenang dalam keadaan telanjang atau separuh telanjang
  • apabila seseorang itu hanyut di laut atau sungai lalu jin yang menemuinya akan mengambil dan menganggapnya sebagai harta kepunyaannya

Simptom Kerasukan Jin Air
Antara tanda-tanda paling ketara mangsa kerasukan jin air adalah kecenderungannya terhadap air. Mangsa terlalu kerap mandi atau berendam di dalam air. Dia sangat sukakan tempat dingin dan sangat gemar berada di persisiran pantai atau tepi sungai.





*more coming soon~ stay tuned

0 comment(s):