Subhanallah.. Maha suci Allah atas segala firman-Nya..Mudah-mudahan kita semua petiklah hikmah atas turunnya surah Ar-Rahman, yang disebut berulang kali,
"Maka yang mana di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
Kenapa mesti disebut berulang kali? Kerana memang secara ilmiahnya manusia ni terkadang pelupa (including myself).. seringkali nikmat yang diberikan Allah kita tidak syukuri. Contoh? PERLUKAH? Ehem.. macam marah pula yeh..
Contoh mudah, kesihatan. Apabila sihat, kita berjoli. Apabila jatuh sakit, lebih-lebih lagi kalau sakit itu teruk, kronik, parah, etc.. barulah kita ingat pada Allah. Bagi yang tidak ingat langsung pula, hmm.. tak tahu nak kata apa.
Kita meminta; DIA berikan.
Kita menangis; DIA dengarkan.
Kita berdosa; DIA ampuni.
Kita bertaubat; DIA sucikan.
Semua yang kita lakukan, adalah untuk kita.
Semua yang DIA lakukan, adalah untuk kita.
DIA-lah ALLAH, Maha Pengasih.. Maha Penyayang..
It's something we should think about. So spend a minute or two, think about everything that Allah has given to us, since our birth in this deceitful world, until now..
InsyaAllah :)


0 comment(s):
Post a Comment