Assalamu'alaikum semua..Di sini saya ingin berkongsi sedikit fakta yang telah saya baca beberapa hari yang lalu.. iaitu tentang kelebihan surah Al-Mulk.
Tahukah anda, surah Al-Mulk adalah surah keamanan & keselamatan? Kerana ia menyelamatkan pembacanya daripada seksa kubur, di samping menjadi temannya di kubur juga.. so you won't feel lonely while waiting for the end of the world(kiamat) to come.
Ibnu Abbas pernah menceritakan:
“Pada suatu hari ada seseorang menghampar jubahnya di atas kuburan dan ia tidak tahu bahawa tempat itu adalah kuburan, ia membaca surat Al-Mulk, kemudian ia mendengar suara jeritan dari kuburan itu,"Inilah yang menyelamatkan aku!" Kemudian kejadian itu diceriterakan kepada Rasulullah s.a.w. Lalu beliau bersabda: Surat Al-Mulk dapat menyelamatkan penghuni kubur dari azab kubur.” (Ad-Da’awat Ar-Rawandi, hlm 279/817; Al-Bihar 82/ 64, 92/313/2, 102/269/-
Selain itu, sura Al-Mulk juga punya kelebihan-kelebihan yang lain. Antaranya:
1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."
2. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."
3. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya." (meaning that you memorized the surah).
Selain semua yang ternyata di atas, saya juga pernah terbaca dalam suatu buku, Rasulullah mengharapkan sangat2 umatnya memiliki surah Yasin & Al-Mulk didalam hati, yakni menghafal & mengamalkannya, kerana dua surah ini adalah antara yang paling banyak kelebihannya, plus, both these surah are exceptionally easy to be memorised kerana tidaklah panjang sangat jika dibandingkan dengan surah-surah panjang yang lain..
Di sini saya ingin selitkan juga satu kisah silamku..
Dulu, semasa saya jahat & kurang berminat tentang agama, saya ada jatuh hati pada seorang student di sekolah. Suka sangat padanya. Love 1st sight. My 1st love, too. Tetapi apabila dibandingkan diriku padanya, memang macam langit dengan bumi. Dia jenis baik2, saya ni jahat. Dia pandai dalam pelajaran, saya kurang dari segi itu. Kulitnya cerah, saya gelap2 je.
Apabila dia telah berpindah sekolah, amat sukar bagiku untuk mendapat khabar berita tentangnya lagi.. Namun saya kenal kakaknya, & ada suatu hari itu, kakaknya ada menceritakan something padaku..
"Afiq, dia kat sana kan, ada kena hafal2 surah. Sekarang ni dia dalam proses hafal surah Al-Mulk. Dia kata surah tu sangat bagus, tapi akak tk brape ingat la apa fadhilat-fadhilat yang dia ceritakan hari tu,".
Saya terfikir, tak mahu ketinggalan. If she can do it, I can do it too. Teringat juga suatu bahan bacaan yang mengatakan, jika ingin bernikah, carilah yang sekufu. Saya pun dengan penuh semangat, cuba menghafal surah Al-Mulk. Mula-mula itu niat bukanlah kerana Allah. Just sebab nak ikut rentak dia, tidak mahu ketinggalan, di samping mahu membalas 'dendam kesumat' kerana dia mengalahkan result PMR saya.
Tanpa saya sedari, saya slow2 berubah. Tiba-tiba je ke sekolah dengan memakai songkok setiap hari, tidak lagi join mengumpat2 dengan kawan, mula kurang berbuat jahat, etc. As you can see, she changed me. Sekarang, I just want to be the better 'me'.
(eh, dah tersimpang jauh dari tajuk asal pula! Ehem)
Pointnya sini, surah Al-Mulk ini baik untuk kita semua. So, bagi yang belum membaca/menghafalnya, silalah berbuat demikian, insyaAllah.
Just remember, buatlah segalanya kerana Allah. Lecturer saya, Encik Firdaus pernah berkata, jika segalanya kita buat dengan niat kerana Allah, tidak kisahlah study or assignment or anything else, insyaAllah, segalanya berjalan dengan baik seperti yang kita harapkan..
Surah ini amat bermakna bagiku, kerana surah inilah saya berubah,
Titik permulaan baru bagiku,
Penggerak perubahan dalam diriku..


0 comment(s):
Post a Comment