Monologue #8 - 09082011

Mengadu..
biar di dalam sunyi..
biar di dalam sepi..
tiada suara kanan dan kiri..
namun datang bisikan rohani..

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk (berada dalam kebenaran)” {Al-Baqarah 2: 186}

Monologue #7 - 08082011

Manusia bukan sang bestari
membaca luka di hati.
Madunya pahit, tidak berperi
kerana mereka sepertimu, lemah mengerti.

Monologue #6 - 05082011

7.55a.m.,
Meeting room (empty),
Jafri Merican Architect.


Ya Allah,
aku berasa sunyi,
sunyi tanpa teman..
Hiburkanlah hatiku dengan janjimu.
Sesungguhnya engkau tidak memungkiri janji.

Monologue #5 - 03082011

Redha Allah yangku cari,
berkat Allah yangku dambakan,
rahmat Allah yangku mahu,
cinta Allah yangku harapkan.

Monologue #4 - 02082011

Kematanganmu membuatku jatuh hati padamu,
hinggakan ku rasa tidak layak untuk menambat hatimu.

Namun masih ku termimpi-mimpi kelibat dirimu,
kerana dirimu masih segar dalam hatiku.

Akanku cuba untuk menjauhkan diri,
supaya dirimu dan diriku tidak lagi disakiti..

Monologue #3 - 01082011

Semakin hari semakin pudar,
menghadapinya amatlah sukar.

Semakin kuatku fikir tentangmu,
semakin kuat rinduku padamu.

Pengalaman ini sungguh menyeksa hati,
akanku cuba untuk terus gagah berdiri..

Monologue #2 - 31072011

Tiada rahsia untukku terus gagah berdiri,
menepis dugaan cinta wanita,
melainkan pada sebuah prinsip yang merantai diri.

Monologue #1 - 24072011

Twenty four seven,
on two thousand eleven,
something has happened,
something we didn't imagined.
We pray for our sorrows to end,
and hope that our hearts will blend.

Monologue #0 - 24072011

Jodoh itu umpama bayang-bayang,
sejauh mana kita lari menjauhinya,
atau sekuat mana kita berusaha untuk mendekatinya,
ia akan tetap dekat bersama kita.

Manusia & Logam

Assalamu'alaikum..

Untuk post kali ini, saya ingin menceritakan sesuatu yang mungkin tidak disedari orang ramai. Tentang manusia & logam.

Kenapa logam?
Apa kaitan manusia dengannya?

Manusia.. terdiri daripada pelbagai jenis..

yang kecil..

yang besar..

yang kurus..

yang gemuk..

yang tinggi..

yang rendah..

yang kaya..

yang miskin..

yang kedekut..

yang pemurah..

etc..

Namun, terdapat satu persamaan antara mereka semua ini. Apa yang sama?

-Logam-

Ya, logam.
Logam adalah sejenis unsur yang bersedia untuk membentuk ion(kation) & mempunyai ikatan logam. Sebuah takrifan yang lebih moden untuk logam ialah ia mempunyai jalur pengaliran dan jalur valens yang bertindih pada struktur elektronnya.
-bak kata En. Wikipedia dari World Wide Webs.

Antara logam-logam yang diketahui ramai adalah aluminium, tembaga, emas, besi, plumbum, perak, titanium, uranium, & zink.

Apa kaitan semua fakta ini dengan tajuk asal?

Maaf jika anda mula bosan dengan post ini :D
Cuma apa yang cuba saya jelaskan di sini ialah, manusia tidak boleh berpisah dengan logam.

Why?

Tengoklah sekarang.

Lihatlah di sekeliling.

Lihat pada manusia-manusia lain (or even yourself).

Ada apa pada jari?
-cincin yang diperbuat daripada emas/perak
(oh, logam)

Ada apa pada pergelangan tangan?
-gelang emas/perak
-jam tangan made of steel (mostly men)
(oh, logam juga)

Lihatlah pada bangunan-bangunan sekeliling anda.

Lihat pada rumah teres.

Lihat pada rumah banglo.

Lihat pada megastructures seperti
Eiffel Tower (Paris), or bangunan Jagung Dua Batang (Petronas Twin Towers, Malaysia).

Apa bahan binaan yang digunakan untuk bangunan-bangunan seperti ini mampu dibina tinggi & kukuh?
-Logam-

(Oh, asyik logam je)

Nak contoh lain?
Bagi yang minat menonton movie 'X-men', anda pasti kenal watak bernama 'Magneto'. Dalam salah satu movie 'X-men', Magneto telah dikurung dalam satu bilik tanpa ada satu pun bahan logam/besi. Ternyata Magneto tidak dapat menggunakan kuasanya, itulah fikiran semua.
Tetapi Magneto ini bijak. Dia tahu di dalam tubuh manusia, adanya zat besi.

Zat besi merupakan unsur logam besi dalam badan yang diperlukan oleh kebanyakan organisma (termasuk manusia) kecuali sebahagian kecil bakteria. Bagi manusia, zat besi diperlukan dalam pembentukan sel darah merah, iaitu hemoglobin.
-bak kata En. Wikipedia dari World Wide Webs.
(Besi? Oh, logam juga tu)

Apabila datang seorang 'pak guard', Magneto menyerap semua zat besi daripada orang tersebut, kemudian membentuknya menjadi beberapa butir peluru, & used it to free himself out of the prison.

(Oh, logam lagi~)

Ya, logam. Manusia & logam tidak boleh berpisah!
Lihatlah! Asal-usul kejadian manusia yang diciptakan Allah adalah berasal daripada tanah. Logam juga berasal daripada tanah.

Doesn't it make sense?

Now you see my point. Now you see the truth.
Now you know you're just a robot living in this deceitful world.

Manusia perlukan logam untuk hidup.
Architecture designs can't go far without steel.
And.. uhh... even Superman is called the 'Man of Steel'!
(takde kaitan pun actually)

hmm.. kehausan idea untuk menyambung penulisan. Anda pun mungkin telah penat membaca post yang pelik ini.
Anyways, thank you for reading. I hope you enjoyed it. :)

I'll be back soon.
InsyaAllah.

Surah Al-Mulk, & Something Valuable About It To Me

Assalamu'alaikum semua..
Di sini saya ingin berkongsi sedikit fakta yang telah saya baca beberapa hari yang lalu.. iaitu tentang kelebihan surah Al-Mulk.

Tahukah anda, surah Al-Mulk adalah surah keamanan & keselamatan? Kerana ia menyelamatkan pembacanya daripada seksa kubur, di samping menjadi temannya di kubur juga.. so you won't feel lonely while waiting for the end of the world(kiamat) to come.

Ibnu Abbas pernah menceritakan:
“Pada suatu hari ada seseorang menghampar jubahnya di atas kuburan dan ia tidak tahu bahawa tempat itu adalah kuburan, ia membaca surat Al-Mulk, kemudian ia mendengar suara jeritan dari kuburan itu,"Inilah yang menyelamatkan aku!" Kemudian kejadian itu diceriterakan kepada Rasulullah s.a.w. Lalu beliau bersabda: Surat Al-Mulk dapat menyelamatkan penghuni kubur dari azab kubur.” (Ad-Da’awat Ar-Rawandi, hlm 279/817; Al-Bihar 82/ 64, 92/313/2, 102/269/
-

Selain itu, sura Al-Mulk juga punya kelebihan-kelebihan yang lain. Antaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."


2. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya." (meaning that you memorized the surah).

Selain semua yang ternyata di atas, saya juga pernah terbaca dalam suatu buku, Rasulullah mengharapkan sangat2 umatnya memiliki surah Yasin & Al-Mulk didalam hati, yakni menghafal & mengamalkannya, kerana dua surah ini adalah antara yang paling banyak kelebihannya, plus, both these surah are exceptionally easy to be memorised kerana tidaklah panjang sangat jika dibandingkan dengan surah-surah panjang yang lain..

Di sini saya ingin selitkan juga satu kisah silamku..
Dulu, semasa saya jahat & kurang berminat tentang agama, saya ada jatuh hati pada seorang student di sekolah. Suka sangat padanya. Love 1st sight. My 1st love, too. Tetapi apabila dibandingkan diriku padanya, memang macam langit dengan bumi. Dia jenis baik2, saya ni jahat. Dia pandai dalam pelajaran, saya kurang dari segi itu. Kulitnya cerah, saya gelap2 je.
Apabila dia telah berpindah sekolah, amat sukar bagiku untuk mendapat khabar berita tentangnya lagi.. Namun saya kenal kakaknya, & ada suatu hari itu, kakaknya ada menceritakan something padaku..

"Afiq, dia kat sana kan, ada kena hafal2 surah. Sekarang ni dia dalam proses hafal surah Al-Mulk. Dia kata surah tu sangat bagus, tapi akak tk brape ingat la apa fadhilat-fadhilat yang dia ceritakan hari tu,".

Saya terfikir, tak mahu ketinggalan. If she can do it, I can do it too. Teringat juga suatu bahan bacaan yang mengatakan, jika ingin bernikah, carilah yang sekufu. Saya pun dengan penuh semangat, cuba menghafal surah Al-Mulk. Mula-mula itu niat bukanlah kerana Allah. Just sebab nak ikut rentak dia, tidak mahu ketinggalan, di samping mahu membalas 'dendam kesumat' kerana dia mengalahkan result PMR saya.

Tanpa saya sedari, saya slow2 berubah. Tiba-tiba je ke sekolah dengan memakai songkok setiap hari, tidak lagi join mengumpat2 dengan kawan, mula kurang berbuat jahat, etc. As you can see, she changed me. Sekarang, I just want to be the better 'me'.

(eh, dah tersimpang jauh dari tajuk asal pula! Ehem)

Pointnya sini, surah Al-Mulk ini baik untuk kita semua. So, bagi yang belum membaca/menghafalnya, silalah berbuat demikian, insyaAllah.

Just remember, buatlah segalanya kerana Allah. Lecturer saya, Encik Firdaus pernah berkata, jika segalanya kita buat dengan niat kerana Allah, tidak kisahlah study or assignment or anything else, insyaAllah, segalanya berjalan dengan baik seperti yang kita harapkan..

Surah ini amat bermakna bagiku, kerana surah inilah saya berubah,
Titik permulaan baru bagiku,
Penggerak perubahan dalam diriku..

Some of The 'Best' Experience I Had

Assalamu'alaikum..

mari-mari orang kampung.. di sini ada satu cerita~
cerita tentang pengalaman saya menunggu & menaiki KTM Komuter Serdang & Kajang..

Ceritanya simple je. Just want to share it here..

Hmm.. every morning around 7.15a.m., saya akan menunggu komuter di stesen komuter Kajang untuk ke Serdang. Time nih tkda apa sangat. Just time balik dari office firma arkitek je la ada ceritanya. Banyak pengalaman 'best' sepanjang 2 bulan baru-baru ini..

Pengalaman 1#
-bersesak-sesak di dalam komuter macam sardin dlm tin, tiba-tiba terhidu bau kentut yang amat busuk (silent killer tu nak cirit-birit kot, tapi tkmo mengaku)

Pengalaman 2#
-bersesak-sesak di dalam komuter macam sardin dlm tin, tiba-tiba terasa ada orang meraba & mencubit punggung saya (what the fish?). Saya toleh ke belakang, aik? Perempuan? Oh no. Tidak mungkin. Entah-entah lelaki. Uih?? Gay?! Tkmo~~

Pengalaman 3#
-kaunter pertanyaan dekat, tapi manusia2 di situ lebih suka bertanya pada saya. (berbakat kerja di kaunter kot). Setiap minggu, mesti ada yang datang pada saya, baik lelaki mahupun pempuan, yang bujang mahupun yang telah berkahwin, melayu, cina, india, orang putih, bangla, pakistanese, arab, etc..

Saya ingat lagi soalan-soalan yang ditanya,

Si melayu:"Bro, nak ke Seremban, tunggu kat sini ke sebelah sana eh?"
Saya:"Tunggu kat platform ni encik."

Si cina:"Mau pergi itu KL Sentral, tren ke sini ka?"
Saya:"Nope. Wait at the other side, not here."

Si orang putih:"Excuse me young sir, can you tell me which platform should I wait at to get to Bandar Tasik Selatan? (loghat London)"
Saya like & jawab:"Wait over there, platform 2"

Si pakistanese bersama family:"Eyy we want to go to the MidValley Megamall. You know MidValley Megamall? Which platform should we wait? Here or over there?"
Saya(smile):"Over there."

Si india:"owiejoiwetprawangqweoiqwdomwea?"
Saya berfikir,(fulamak, tak paham. Tapi dia ada sebut Rawang..)
then smile & tunjuk ke arah platform sebelah.




Hmm.. that's all I remembered. If there's more I'll post it here again, insyaAllah. Harap anda terhibur dengan post ini :D

The Header/Banner

Nothing much to say here. Just want to inform you guys that the image above is part of the banner/header I was working on for this blog. If you can see, my intention is to use my own drawings as the banner/header.

That's all folks~ I'll be back insyaAllah

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Subhanallah.. Maha suci Allah atas segala firman-Nya..
Mudah-mudahan kita semua petiklah hikmah atas turunnya surah Ar-Rahman, yang disebut berulang kali,

"Maka yang mana di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Kenapa mesti disebut berulang kali? Kerana memang secara ilmiahnya manusia ni terkadang pelupa (including myself).. seringkali nikmat yang diberikan Allah kita tidak syukuri. Contoh? PERLUKAH? Ehem.. macam marah pula yeh..

Contoh mudah, kesihatan. Apabila sihat, kita berjoli. Apabila jatuh sakit, lebih-lebih lagi kalau sakit itu teruk, kronik, parah, etc.. barulah kita ingat pada Allah. Bagi yang tidak ingat langsung pula, hmm.. tak tahu nak kata apa.

Kita meminta; DIA berikan.
Kita menangis; DIA dengarkan.
Kita berdosa; DIA ampuni.
Kita bertaubat; DIA sucikan.
Semua yang kita lakukan, adalah untuk kita.
Semua yang DIA lakukan, adalah untuk kita.
DIA-lah ALLAH, Maha Pengasih.. Maha Penyayang..


It's something we should think about. So spend a minute or two, think about everything that Allah has given to us, since our birth in this deceitful world, until now..

InsyaAllah :)

A to Z about Me

A. Age: Currently 21 this year (2011)

B. Bed size: Queen sized

C. Chore that you hate: I don't hate chores :)

D. Dogs: I can't own a dog nor touch them. But I do like wolfs, well they're not dogs, but from the Canine family too, right?

E. Essential start to your day: Solat

F. Favorite color: Red, Silver, Black

G. Gold or Silver: Silver

H. Height: 170cm

I. Instruments you play: Piano

J. Job title: Currently a student

K. Kids: InsyaAllah

L. Live: Kajang, Selangor

M. Mother's name: Lily

N. Nicknames:
Real life- Awang, Afiq
World Wide Web- Panglima Sepet, de_Paper, Kensei, ArchiNinja, 4AK

O. Overnight hospital stays: -

P. Pet peeve: -

Q. Quote from a movie:
"Rise and rise again, until lambs become lions"- Robin Hood (2010)

R. Right or left handed: Right handed.

S. Siblings: 5, including me.

T. Time you wake up: Usually around 6a.m., but sometimes earlier

U. Usual wear: Jacket(love them), t-shirt, slack trouser

V. Vegetable you hate: Petai?

W. What makes you run late: Overslept

X. X-Rays you've had: Twice

Y. Yummy food that you make: Meggie special. Haha!

Z. Zoo animal: Owls. I like to see how they stare