Aku diam dalam dilema,
dilema memilih antara dua.
Antara Ya atau Tidak,
kekeliruan di hati kian mendadak.
Bukan Aku tidak mahu memilih,
tetapi Aku takut tersalah pilih.
Kerana ini kehendak hati,
belum tentu ketentuan Ilahi.
Adakah Aku terbaik untukmu?
Aku tidak mahu mengecewakan dirimu.
Aku selalu mengingatkan diri,
"Hanya Allah yang maha mengetahui!"
Ketika diri bermunajat pada Ilahi,
maka datanglah bisikan rohani..
"Boleh jadi kamu membenci pada sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai pada sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
{surah Al-Baqarah, 216}
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


4 comment(s):
semoga dipermudahkan hati itu.amin.
jgn gelisah,Allah ada bersama kamu,banyakkan berdoa pada DIA.
semoga sentiasa dirahmati olehNYA :)
wallahualam,
hamba Allah :)
Alhamdulillah kita masih diberi pilihan daripada-Nya. Memilih itu pasti, semoga pilihan itu menepati kehendak Ilahi (:
http://quran.com/30/21
Terima kasih atas sokongan anda semua :)
Terima kasih juga kepada 'Anonymous' yang memberi link ke satu website yg menerangkan tentang sepotong ayat dari surah 30; Ar-Rum ayat 21..
I appreciate the supports given by you all :)
Post a Comment