Melihat Wajah IbuBapa

Assalamu'alaikum & salam sejahtera.

Saya masih ingat lagi waktu sekolah di Labuan dulu.. Ustaz saya kata, dengan melihat saja wajah ibu & bapa boleh mendapat pahala. Means? Ia juga suatu ibadah. Di samping itu, tidak mustahil anda boleh memperoleh perasaan tenang apabila melihat wajah mereka. Ingatlah, tanpa mereka, siapalah kita. Love your family. Love your parents.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara; sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

0 comment(s):