Surah An-Nur, 32-33
Monolog #11 - 05032012
Deedy: Tak payahlah. Cari je yang lain.
Hm. Kahwin dengan superbike baru dululah jawabnya. Nak cari lain yang susah ni. Semua macam tak serious je. Yang ada pun, still belum jelas.. like something is wrong, missing somewhere.. or not suitable at all.
*Plan nak merisik Kawasaki Ninja 250r 2013 selepas habis belajar.
Kelebihan Beristighfar Selalu

Assalamu'alaikum.
Di sini saya ingin berkongsi satu cerita. Very interesting story..
Semoga cerita ini memberi manfaat kepada kita. :)
Suatu malam, Imam Ahmad bin Hanbal mahu menghabiskan malamnya di masjid, akan tetapi beliau dihalang oleh pengawal masjid. Sudah puas beliau mencuba namun tetap tidak berjaya.
Imam Ahmad pun berkata: “Saya akan tidur di tempat saya berdiri ini.” Dan beliau benar-benar melakukan seperti yang dikatakannya. Namun, pengawal itu tetap berusaha menarik beliau menjauhi masjid.
Kelihatan Imam Ahmad tenang dan tampak pada raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia. Dalam situasi itu, seorang pembuat roti telah melihatnya. Lantas dia membawa Imam keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam.
Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pergi menguli tepung. Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar tanpa henti sepanjang malam. Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya.
Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfarnya malam tadi: “Apakah kamu dapat hasil dari istighfarmu itu?" Imam Ahmad sengaja bertanyakan soalan ini sedangkan beliau sudah mengetahui kelebihan dan faedah istighfar.
Pembuat roti menjawab: “Ya, demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dikabulkan Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan.”
Imam bertanya: “Apakah doa itu?”
Pembuat roti pun berkata: “Aku mahu bertemu dengan Imam Ahmad bin Hanbal.”
Lantas Imam Ahmad berkata: “Allah bukan saja telah mendengar doa mu, malah Allah telah membawa dia (Imam Ahmad) hingga ke pintu rumahmu. Akulah Ahmad bin Hanbal!”
SubhanAllah..
Sleep

Assalamu'alaikum.
Just a quick one here. Got work to do.
Okay, this entry is about "Sleep". Do you like to sleep? I know I do, but only when needed, especially when I'm tired & needed some rest.
Some say that a normal person needed 8 hours to gain 'enough sleep', & some says that 4 hours is enough for a normal adult person, or college/university students, because they have commitment in life. My lecturer told me, "Tidur banyak itu satu penyakit, tidur sikit pun satu penyakit."
You get the point.
Here, I want to share something I read about sleep.
SLEEP
For others:
-a form of rest
-a routine
-a refreshment
-a quiet moment for the mind & body
-a hobby
so which one is you? :)
But psych tells us that:
It is one of the common forms of ESCAPE.
Escape from loneliness, sadness, frustrations, rejections & from almost any problem possible.
So next time you see a friend sleeps frequently, say:
"If you need someone, I'm just here. I'll listen."
Rather than saying:
"Sweet dreams."
Okay thats all for now. Did I mention this entry was a quick one?
Guess not.
(=w=)"
Mari Belajar..
Belajar sabar dari sebuah kemarahan.
Belajar kesusahan dari hidup senang.
Belajar menangis dari suatu kebahagiaan.
Belajar keikhlasan dari kepedihan.
Belajar tawakal dari ujian.
Belajar redha dari satu ketentuan.
Filling My Leisure Time
Hello everyone.
This post is about something that I do to fill up my leisure time during this "cuti khas kerana menghadapi kemalangan". Well, my holiday is about to come to an end.. the new semester will be starting in early March. So I tried to fully utilise my time during the holidays to do stuffs that make my parents, my siblings, & my kittens, happy.
Okay.. intro.
My dad plans to build a new house at Putatan, Kota Kinabalu, Sabah. So I want to propose a design that meets my parents requirements and demands. My dad wants a home that is "simple yet spacy". With the given built-up area, I designed floor plans for the new house, & my parents being my critics. The design process goes on and on.. up until now, 3D modelling was used.
Below are some images of the 3D models. You can also click on the images to enlarge it.
As you can see, I use the SketchUp software to make these 3D models, after importing the floor plans I made on AutoCAD software.
I'm not just making 3D models to show the form of the building. I intended to make a 3D model of the house, including detailed interiors too.
Right now I'm undergoing a process to design the roof for this house. It's quite complicated for me, because there are many options in roof designing, & each type of roof provides a different overall form of the building.After the design is complete, I plan to use a software that acts as a 'make-up'. An example of the 3D textures can be seen in the image below.
This is Falling Water, designed by Frank Lloyd Wright. I downloaded the 3D model from 3D Warehouse of SketchUp & then importing it into the software. Actually I haven't explored this software 100% yet. So there's still some functions that I don't know how to use.Saya menganggap ini sebagai latihan 3D modelling dan persediaan bagi menempuh semula semester 7 di UiTM Perak.
That is all for today. Its 35 minutes past midnight now.. I think I'm going to sleep. Good night.
Wassalam.
Melihat Wajah IbuBapa
Assalamu'alaikum & salam sejahtera.Saya masih ingat lagi waktu sekolah di Labuan dulu.. Ustaz saya kata, dengan melihat saja wajah ibu & bapa boleh mendapat pahala. Means? Ia juga suatu ibadah. Di samping itu, tidak mustahil anda boleh memperoleh perasaan tenang apabila melihat wajah mereka. Ingatlah, tanpa mereka, siapalah kita. Love your family. Love your parents.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara; sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Monolog #10 - 31012012
Living room,
My home.
I can't sleep..
while you might have been sound asleep.
I can't sleep..
while I was thinking about you so deep.
I can't sleep..
while you are still not mine to keep.
I can't sleep..
Have you ever thought about.. death calls upon you? #Part 1
Di sini saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya ketika mengalami kemalangan jalan raya di kawasan perumahan berdekatan dengan UiTM Seri Iskandar, Perak.
22 November 2011,
6.00p.m.,
My room.
Michan: Awang, jom laaa... teman aku makan. Lapar gila sudah ni. Kau asyik buat kerja design je, tak penat ke?
Me: Aku diet la Michan. Kan da gemuk sekarang =..=
Michan: Jom la.. aritu kau ajak makan di KFC, aku teman je. Sekarang teman la aku pula..
Me: Nak makan kat mana? Aku tak nak jauh2.. umm.. Madina?
Michan: Madina pun boleh la.
Me: Hmmm yelah2. Kejap, nak tukar baju.
-Outside-
Me: Michan, kau gerak la dulu. Aku nak panaskan enjin kejap.
Michan: Ok.
*memakai helmet
Me: Pojon, nak join pi makan tak?
Pojon: Eh takpe2.
*saya mengangguk kepala
I was riding my motorcycle when suddenly a kid came out of nowhere rushing in front of me on her bicycle. I braked hard, tried to move my bike away to the right, but she mirrored my movements. We collided.
I flew. Seriously I flew. Felt like Superman for about 3 seconds until I fell to the ground with a 'crack' sound & roll over for about 2-3 meters..
Thank god I wear a helmet. Otherwise my head skull would've probably cracked. The collision pushed out all the breath inside my lungs. I felt like dying..
After I stopped rolling, lay flat on my back, I looked up at the dark cloudy sky. Raining lightly..
Waktu inilah terfikir tentang banyak perkara.
I kept thinking about Allah.. sambil mengucap dua kalimah syahadah tanpa henti.. terfikir tentang malaikat maut yang mungkin telah datang untuk mencabut nyawaku..
"Maybe my time has come.." I thought myself. Maybe it's time for me to go..
Mengucap syahadah, sambil teringat semua yang tersayang..
Mak..
Ayah..
Kakak..
Adik-adik..
Cousins..
Friends..
Her.
My sight starts blurring.. then my I eyes can only see a white vision.
-I fainted-
I fainted for... I don't know how long it was. But when I woke up, I saw many people around me. I saw Pojon calling for help. I saw Michan talking to me, but I can't seem to recall what he said. I looked for the kid, but the place where she lies was too crowded, so I can't see her. I looked at my motorcycle, damaged.
I tried to get up, but I can't. My legs felt so weak. Tried to reach my phone, but my arms are weak too. Plus, I can't feel my left arm. Then I told Pojon to help me take my phone out. After he gave me my phone, I called my mom, told her what happened.
To be continued..
Monolog #9 - 18012012
dilema memilih antara dua.
Antara Ya atau Tidak,
kekeliruan di hati kian mendadak.
Bukan Aku tidak mahu memilih,
tetapi Aku takut tersalah pilih.
Kerana ini kehendak hati,
belum tentu ketentuan Ilahi.
Adakah Aku terbaik untukmu?
Aku tidak mahu mengecewakan dirimu.
Aku selalu mengingatkan diri,
"Hanya Allah yang maha mengetahui!"
Ketika diri bermunajat pada Ilahi,
maka datanglah bisikan rohani..
"Boleh jadi kamu membenci pada sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai pada sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
{surah Al-Baqarah, 216}
Cinta Terindah Buat Yang Mencari Cinta & Mencintai Allah
Assalamu'alaikum.Just want to share something I read about just a couple of minutes ago.. and I also inserted some of my thoughts in the article below.
Enjoy your reading.
yeah, I felt lonely sometimes... many times..
Fitrah manusia perlukan pasangan dalam hidup. Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Dalam diam-diam bertanya di dalam hati, “Manakah jodoh yang dijanjikan Allah kepada saya. Kenapa tidak datang-datang juga?” Begitulah perasaan seseorang yang menanti jodohnya datang, namun yang dinanti tidak kunjung tiba.
we never knew who was destined to be our husband/wife..
Tatkala cinta hadir menyapa, dunia yang sunyi menjadi ceria. Jiwa yang kosong bertukar gembira. Getaran rasa membuak bahagia. Semua yang dilihat indah belaka. Sebaliknya bagi bagi yang belum terlanjur bercinta, usah gundah gulana. Hiduplah sebagai orang yang bijak, baik dan sabar. Tidak perlu menikmati cinta sebelum waktunya kerana yakinlah, Allah sudah menyiapkan calon belahan jiwa yang terbaik buat kita.
but how should I know if he's/she's the right one for me? I'm in dilemma..
Namun, kala harus memilih, manakah satu menjadi pilihan antara setiap saat yang mengundang dosa atau setiap hari membuah pahala? Tika itu, bangunlah bermunajat, memohon petunjuk usai Istikharah dan Hajat. Moga cinta yang didamba terarah menuju redha-Nya. Jika sudah memiliki cinta kerana Allah, banyakkan syukur dan mohonlah moga istiqamah. Jika belum menggapainya, berusahalah memperbaiki iman dan menuruti jalan sesuai dengan syariat-Nya.
oh Allah.. help me.. help me in my loneliness... I miss the one whom You have destined to be mine..
I want to meet him/her..
Salurkan cinta teragung hanya kepada Allah, pasti cinta kita akan dibalas. Jika tidak di dunia, di akhirat sudah pasti. Titipkanlah sejuta cinta buat ayahanda dan bonda, moga restu mereka milik kita kerana di situ letaknya syurga untuk kita.
whatever happens, remember, family comes first. Love your parents.. Love your family.
Sudikah Engkau Menjadi Isteri Keduaku?

Assalamu'alaikum.
Yes, I know. My very long absence might kept you guys waiting for my next post. I am very sorry. It's because an accident happened to me, causing my motorcycle damaged & broke my arm badly. Allah's will. We can't do anything about it if it was destined to happen. Anyways, I read about an interesting article just now. About a second wife.
Sudah pasti ramai wanita yang tidak sanggup dimadukan, betul tak? Tapi siapa tahu, lelaki itu sebenarnya sudah beristeri atau belum? Manalah tahu dia sengaja menguji anda? Read the article below for more info. :)
***
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.
“Tak. Maksud saya – ”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.
“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Er, betul ke ni?” tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
“Perjuangan,” jawab Fikri.
***
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”
[QS al-Taubah 9:24]
*this article is copied from www.ilmi-islam.com
Family matters MATTERS!

Assalamu'alaikum to you all.
Yep. I've been gone for a long time. Very long time.
Miss me? Yes? Thank you! No? No problem, I don't mind :)
Well, here's a bit of a 'Q & A session'.
Q: So what's this post is all about?
A: Okay, this post is about uhh.. family. Wah.. can't deny that since I got to my 4th year of studies in architecture field, my thoughts are now more to family matters & my future plans.
Q: Whoa.. but what about games? You're a gamer right?
A: Well, yes I am a gamer. But this 4th year (final year insyaAllah) in architecture studies was really tough. I find myself stressed & tension on thinking about design, design, & design.. Time for games? No. I usually use my free time to rest, meaning sleep or just lay down to straighten my back.
Q: Umm.. your personal matters? Love story?
A: Aish! Please don't ask that. I clicked on the PAUSE button on that matter for the time being. Can't think much about it yet. Seriously, this final year got my head off about it.
Q: Okay, back to the topic. This post is about family matters, right?
A: Yes. For this post, I want to tell about a family-related-story to think about.
We all know that many examination results were announced already. UPSR. Final year exams. PMR. Well? Of course, some got good grades, & some don't.
Got good grades? Good for you. But remember, semua itu pemberian ALLAH, not because of your genius brain. Think you're genius? Who GAVE you the 'genius'? ALLAH!
Got bad grades? Yes. DO FEEL BAD FOR YOURSELF (just not too bad okay), but not because you're a failure, but you failed yourself. My lecturer once said this,
"Dah tau diri teruk camtu, janganlah biar je. If no one wants to save you, then save yourself! Stupid dog cannot swim! So don't be a stupid dog!"
-actually I don't really get what he meant by the thing about the dog :/
But what I think he's trying to tell us is that, we are not dogs. Meaning, we are not animal. We are HUMAN. Apa yang bezakan manusia dengan binatang?
AKAL.
It's a very powerful tool that Allah gave us. It can even beat a supercomputer! So please, help yourself. Use it to think about what to do, what not to do, what will profit you now & later, what will make you regret now & later.
Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia berusaha mengubahnya sendiri.
As for the parents,
Yes you should be supportive. I love my parents! They are very supportive! Yeah, sometimes you'll get a knife-stabbed-in-the-heart kind of advice from your parents, but actually it's for your own good!
Seriously, I mean seriously I AM SERIOUS.
Dulu masa saya kecik2 berhingus, dalam hati memang selalu kata nak hidup sendiri, takmo dengan abah & ummi, nanti asyik kena marah. Tapi, bila sudah besar & matang & semakin tua (currently 21), kesedaran diri itu muncul. How did I got this wake-up call? Through readings. Al-Quran, articles of 'ceramah' or just simply dengar saja ceramah, & uhh.. I got dreams that advices about family matters too. Weird, but it's true. Yep. Saya sedar kenapa abah saya tegas, kenapa ummi saya marah. Actually adalah untuk kebaikan saya!
Kalau anda waras, sepatutnya kesedaran diri tu patut sudah muncul bila anda mencapai akil baligh. Belum dapat lagi? Mungkin rohani anda tengah lapar.. haus.. rindu pada Allah. Why? SOLAT.
Cukupkah solat 5 waktu anda? Belum? takpe2. Masih ada masa. Anda masih hidup. Allah masih bagi peluang tu haaa... baiknya Allah pada kita kan? :')
Solat 5 waktu ni amatlah penting untuk roh anda. Kadang-kadang lecturer saya pun selalu ingatkan saya tentang solat & bagi sedikit ceramah bila ada masa sesuai.
For my sisters, bersyukurlah anda kerana masih memiliki ibu & ayah. Kita kena sedar, ada orang lain yang sudah tidak punya ibu & ayah. Majoriti daripada golongan itu sangat jealous pada yang ada ayah & ibu. They needed love & care from a loving parents, but they didn't. So please, treasure your parents.
They've done a lot to give us what we have now.
A house to live in.
A bed to sleep in.
A TV to watch with.
Cars for transport us anywhere we needed to.
(I got my dream motorcycle! Thank you abah!)
Foods to eat.
Games to play.
Not to mention those Apple products too! (Steve Jobs has done a good job for providing good products)
Q: So, conclusion?
A: Every parents has their own way to take care of their children, & we should know that all the things they've done to us was simply because of 1 ultimate reason.
Love.
Heh, to my sisters. Remember Harry Potter still being alive even though he was hit by the killing curse, Avada Kedavra by Voldemort when he was just a baby? What saved him? LOVE. Don't believe me? Ask Dumbledore. or Snape.
So take your time, sit down or lay down, think about it.
True facts!
Yep, I've been gone for quiet a long time. Busy with classes & assignments lately, not to mention things that happen about my personal life, too.
Well uhh.. I don't actually have anything much to say here. But I want to share an article I read from www.iluvislam.com.
For the guys, please READ this.
For the females, read this if you want to know what attributes a male should have to be your husband.
As for the parents, please reconsider about your sons & daughter's marriage. Janganlah disebabkan kononnya mahu menjaga maruah & nama keluarga, jiwa anak-anak anda terseksa. Islam memudahkan. Adat melayu yang menyusahkan. Fikir-fikirkanlah.
Kebiasaan masyarakat kita apabila disebut persediaan menjadi suami, mereka menyangka ia adalah memiliki sijil pengajian tinggi, paling kurang diploma. Telah memiliki kerjaya dengan gaji bulanan minima RM2500, diikuti dengan sebuah rumah dan kereta.
Tidak ketinggalan, wang tunai berjumlah RM30,000 untuk urusan perkahwinan seperti duit hantaran, dulang-dulang hantaran, cincin dan belanja kenduri kahwin. Jika seorang lelaki belum memiliki semua ini, dia belum layak untuk bergelar suami.
Namun dalam Islam, ukuran persediaan untuk menjadi suami bukanlah seperti di atas.
Persediaan untuk menjadi suami lebih tertumpu kepada kualiti lelaki tersebut dan inilah yang akan diperincikan di sini.
1. KEPIMPINAN
Persediaan terpenting ialah bakal suami perlu mengetahui bahawa dia memiliki tanggungjawab sebagai pemimpin ke atas keluarganya.Allah berfirman,
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan." - [al-Nisa' 4:34]
2. KETEGASAN
Lanjutan dari ciri seorang pemimpin, bakal suami hendaklah tegas dalam membimbing isteri. Kelak apabila dianugerahkan cahaya mata, suami juga hendaklah tegas dalam membimbing anak-anak.
Allah mengingatkan,
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - [al-Taghabun 64:14]
3. PEMELIHARA DARI API NERAKA
Suami merupakan pemelihara agar ahli keluarga tidak masuk ke dalam api neraka.
Firman Allah,
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." - [al-Tahrim 66:06]
4. MEMBERI NAFKAH
Termasuk persediaan menjadi suami ialah kesedaran bahawa anda merupakan sumber kewangan rumahtangga. Justeru anda bertanggungjawab menyediakan nafkah tempat tinggal, keperluan asas dalam tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman kepada ahli keluarganya. Anda juga bertanggungjawab ke atas kesihatan dan perubatan ahli keluarga seandainya mereka jatuh sakit.
Meskipun nafkah rumahtangga berada di atas bahu suami, ini tidaklah bererti suami mesti memiliki pendapat minima yang tertentu jumlahnya. Setiap suami memiliki kemampuan kewangan yang berbeza dan setiap suami berbelanja untuk ahli keluarganya pada kadar kemampuannya. Tidak ada nilai minimum atau maksimum untuk kadar nafkah ini.
Firman Allah,
"Hendaklah orang (suami) yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu)." - [al-Thalaq 65:07]Demikianlah beberapa kualiti yang perlu ada pada seorang lelaki untuk dia menjadi seorang suami. Perhatikan bahawa kualiti-kualiti ini tidak ada ukuran minimum dan maksimum atau batasan tertentu bagi menentukan layak atau tidak.
Ia adalah kualiti yang nilainya relatif, ia akan bertambah apabila anda berusaha untuk memperbaikinya dan akan berkurang apabila anda mengabaikannya.
Justeru, lelaki yang sudah bersedia menjadi suami ialah lelaki yang mengetahui kualiti-kualiti ini, memilikinya dan berazam untuk terus memperbaikinya.
Monologue #8 - 09082011
biar di dalam sunyi..
biar di dalam sepi..
tiada suara kanan dan kiri..
namun datang bisikan rohani..
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk (berada dalam kebenaran)” {Al-Baqarah 2: 186}

